"Kalau perempuan nampak ayu berbaju kurung, lelaki pula tentu lebih "hansem" kalau berbaju Melayu."
Baju Melayu menjadi baju kebangsaan dan tradisi masyarakat Melayu di Malaysia. Bahkan tidak dinafikan pakaian ini juga seakan sudah "melekat" di hati pelbagai masyarakat berlainan bangsa.
Namun tahukah anda, baju tradisional Melayu untuk lelaki ini ada dua jenis iaitu Baju Melayu Cekak Musang dan Baju Melayu Teluk Belanga.
Untuk artikel pada kali ini, kami nak kongsi dengan anda semua sedikit informasi menarik mengenai Baju Melayu Teluk Belanga dan mengapa ia diminati kaum Adam.
Asal usul Baju Melayu Teluk Belanga
Baju Melayu Teluk Belanga merupakan pakaian tradisi lelaki bagi masyarakat Johor sejak dahulu lagi.
Ia mula diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar, ketika baginda bersemayam di Telok Belanga, Singapura.
Rekaan asli Baju Melayu Teluk Belanga
Baju Melayu Teluk Belanga adalah pakaian tradisional lelaki separa formal dengan rekaan unik tulang belut (kolar leher bulat), dua poket di bahagian bawah baju, dan belahan halus di tengah-tengahnya yang dikemaskan dengan butang sebutir.
Cara pemakaian baju ini sangat menarik dan berbeza dengan Baju Melayu Cekak Musang.
Ianya kerana, bajunya akan dipakai di atas kain samping, bukan di bawahnya. Songkok pula akan menjadi aksesori untuk melengkapkan gaya Muslimin tradisional anda.
Kenapa Baju Melayu Teluk Belanga diminati kaum lelaki?
Umumnya, bentuk pakaian Melayu tidak kira untuk lelaki mahupun perempuan adalah suatu bentuk yang sangat mesra dengan tubuh badan kita.
Kata pereka fesyen ternama dunia, Tom Ford, "Dressing well is a form of good manners."
Yang mana ia jelas bahawa budaya merupakan identiti masyarakat dan maruah bangsa. Salah satu "komponen" budaya adalah pakaian.
Daripada pandangan pertama, orang akan mengenali diri kita daripada cara kita berpakaian.
Tips pilih warna Baju Melayu ikut tona kulit & bentuk badan
Anda masih keliru ke untuk cari warna Baju Melayu yang sepadan dengan kulit dan bentuk tubuh badan?
Kalau anda ingin tahu lebih lanjut, jom kami kongsikan tips yang menarik untuk mudahkan anda cari warna yang sesuai agar kelihatan lebih "outstanding" dan versatil nanti.
1. Kulit cerah
Individu yang berkulit cerah sebenarnya tidak mempunyai masalah untuk mencari jenis pakaian sebenarnya.
Hanya sahaja jika anda ingin tampak lebih menarik, anda boleh memilih warna yang lebih lembut, terang dan halus seperti warna-warna pastel.
2. Kulit gelap
Masalah yang sering dihadapi oleh individu yang berkulit gelap adalah kurang berkeyakinan diri untuk tampil dengan warna terang.
Bahkan tidak sedikit yang gemar warna yang sama setiap hari kerana inginkan keyakinan sepanjang masa.
Namun tahukah anda, warna yang berkontra cerah seperti biru, merah, dan kuning akan menjadikan penampilan anda lebih menarik dan ceria.
3. Kulit sawo matang
Kulit sawo matang atau separa cerah dan gelap adalah warna kulit rata-rata orang Asia khususnya di Malaysia.
Untuk tampil menawan bergaya dengan tona kulit ini, anda boleh mengenakan warna seperti ungu, maroon, perak, navy blue, dan cream.
Elak dari pilih warna yang gelap dan sarat kerana ia akan membuatkan tona kulit anda tenggelam dan kusam.
4. Kulit kuning langsat
Kulit kuning langsat akan lebih kelihatan menyerlah jika anda memakai warna seperti hijau, merah dan biru.
5. Badan gempal dan tinggi
Warna yang sinonim dan amat sesuai dipadankan dengan anda yang bertubuh badan gempal dan tinggi adalah warna seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap.
Pilihan warna ini akan membuatkan anda kelihatan langsing dan menawan.
6. Badan kurus dan tinggi
Jika anda berbadan kurus dan tinggi, anda sesuai untuk mengayakan warna-warna yang cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru mudah, dan coklat.
Koleksi Baju Melayu Teluk Belanga Kassyaf Exclusive
Baju Melayu Pawana Kassyaf Exclusive didatangkan secara istimewa dengan padanan warna yang memukau dan menjadi "hot colour" pilihan para jejaka di Malaysia.
1. Baju Melayu Pawana - Grey
2. Baju Melayu Pawana - Dusty Pink
3. Baju Melayu Pawana - Dark Blue
4. Baju Melayu Pawana - Nude Brown
5. Baju Melayu Pawana - Solid Black
6. Baju Melayu Pawana - Baby Blue
7. Baju Melayu Pawana - Light Cream
Hah, rambang matakan tengok koleksi Baju Melayu Teluk Belanga dekat Kassyaf Exclusive ni!
Kalau anda yang masih tercari-cari set Baju Melayu Teluk Belanga dan aksesori lengkap dari atas kepala sampai sampai hujung kaki, jangan lupa dapatkan di Kassyaf Exclusive.
Kami ada lebih dari 10 warna dan pelbagai design menarik untuk anda tengok dan dapatkan.
Jangan lupa beli Baju Melayu awal supaya tak kalut. Cepat-cepat checkout dalam beg kuning tu takut kehabisan stock.
"Jom, serbu Kassyaf Exclusive dan pilih sendiri Baju Melayu yang dekat di hati anda."